Sabtu, 31 Disember 2011

Lunascape 6 Orion



Kita biasanya menghabiskan berjam-jam sehari untuk melakukan sesuatu di Internet, namun kita mungkin tidak terfikir tentang apa yang boleh dilakukan pelayar (browser) dan pelayar(browser) yang tepat bagi kita. Bahkan, banyak orang menggunakan browser yang datang dengan pra-instal dengan komputer, oleh kerana itu kita memikirkan itu semua adalah sama.
Namun kenyataannya, masing-masing pelayar (browser) berbeza dengan caranya sendiri. Dengan Lunascape, ia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza. Sedikit persaingan dengan browser yang lain, ia menggabungkan seluruh browser yang terbaik.
Lunascape adalah satu-satunya di dunia yang mempunyai enjin triple “browser”. Ini bermakna bahawa kita boleh mempunyai ciri-ciri yang terbaik, “performance, dan kelajuan, Windows Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Apple Safari digabungkan dalam satu browser dan boleh melihat setiap laman web secara optimum tanpa perlu membuka lagi pelayar lain.

Ya, ini benar Lunascape = IE (Trident) + Firefox (Gecko) + Chrome • Safari (WebKit)
Teknologinya telah mencapai salah satu browsing yang terpantas dan menyediakan penuh ciri dan pilihan customizable. Ia lebih ringan, “snappy”, dan menyenangkan.


Lunascape telah dimuat turun lebih dari 10 juta kali dipangkalannya di Jepun, dan ia berkembang pesat penggunanya di seluruh dunia sejak pelancaran versi multilingual.
Selamat tinggal kepada “browser” yang lembab. Tidak ada lagi yang gangguan pada paparan laman. Tidak ada lagi juggling beberapa pelayar. Pengalaman internet anda jauh lebih baik dengan Lunascape. Alami sendiri, kelajuan dan fleksibiliti yang baru ini.

http://www.lunascape.tv/Download/tabid/111/Default.aspx

Selamat Mencuba,
cS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan