Jumaat, 7 Oktober 2011

Program "Road Safety Walk" 2011

Salam,
Salam 1 Malaysia,

Pada sebelah pagi 7 Oktober 2011, bertempat di Pekan Kuah, Langkawi, Kedah, satu Program di kenali "Road Safety Walk" 2011 peringkat Parlimen Langkawi,anjuran bersama JKJR Kedah dan Lafarge Cement.
Program bermula seawal  jam 0800 pagi telah menarik minat belia-belia di Pulau Langkawi ini. 
Banyak aktiviti kesihatan dan kempen keselamatan yang bagus untuk belia-belia semuanya.

Berikut adalah gambar-gambar di sana ;















Sekian,

cS


Khamis, 6 Oktober 2011

Pelapis Optimist 2014 (Updates)

Salam,


Salam 1 Malaysia,


Sebanyak lima Atlit Optimist telah ke kejohanan International India Regatta 2011.
Di fahamkan  atlit-atlit ini dipilih berdasarkan Ranking Malaysia pada tahun ini dan pemilihan ini telah dipersetujui oleh Pihak Persatuan Pelayaran Malaysia. (Betullah tu, sebab budget MYA yg kluarkan tak gitu)
Berikut adalah keputusan tidak rasmi, selepas 8 Perlumbaan, dengan peserta seramai 67 orang. Ok la tu.
( Result Updates to 8 Races )

Postion after, Has Been Updates.
No Sailno Name Scores 1 2 3 4 5 6 7 8
1 SLO 314 Peter Lin Janezic, Male, 10-Aug-1997 14.0 (3) 1 3 3 1 1 2 3
2 SLO 298 Toni Vrscaj, Male, 16-Feb-1998 22.0 4 (10) 2 2 2 8 3 1
3 MAS 6007 Muhamad Uzair Yusuf, Male, 18-Dec-1999 45.0 (19) 6 1 5 9 3 15 6
4 IRL 1407 Conor O'Beirne, Male, 16-Mar-1998 62.0 8 2 (34) 14 5 27 4 2
5 INA 3500 Thomas Maher, Male, 28-Sep-1998 63.0 (18) 14 8 1 10 4 10 16








8 MAS 902 Natasya Nabila Bt Sawal, Female, 11-Nov-1999 68.0 5 17 4 7 8 13 14 (24)








13 MAS 13 Naquib Eiman Bin Shahrin, Male, 11-Nov-1999 84.0 10 13 5 12 18 (20) 7 19








25 MAS 12 Muhammad Adha Bin Jamil, Male, 08-Nov-1999 157.0 35 11 9 (37) 33 23 23 23








29 MAS 633 Muhammad Bin Sarip, Male, 11-Nov-2000 189.0 28 25 13 38 (40) 26 33 26














































































Oklah, Doakan terbaik kepada atlit-atlit Pelapis Optimist ini untuk cemerlang di sana.








Sekian,


cS






























































    




Rabu, 5 Oktober 2011

Mosoon Cup 2011 Datang Lagi

Salam,

Kepada semua yang mengikuti blog ini, cS ingin memaklumkan bahawa pada  Malaysian Match Racing Championship Qualifier 2011 akan bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2011 di Pulau Duyong, Terengganu.
Sebanyak 8 pasukan akan mengambil bahagian untuk edisi kelayakkan untuk mewakili Malaysia pada peringkat akhir pada 22 hingga 27 November 2011 yang di adadakan ditempat yang sama.

Berikut adalah senarai 8 Pasukan yang bertanding ;

1. Jeremy Koo – Koo Racing Team (Selangor)
2. Mohd Afendy Abdullah – Team Afendy (Kedah)
3. M. Zaidi Pardi @ Mat Amin – MAF1 (TLDM)
4. Masyuri Rahmat – MAF2 (TLDM)
5. Mohd Romzi Muhamad – Putra Sailing Team (Malaysian Yachting Association)
6. Hazwan Hazim – Permai Hotel Match Racing Team (Perak)
7. Ahmad Khairulhafiz Ahmad Khmbali – Melaka Negeriku Sayang (Malacca)
8. Nurul Ain Md. Isa – Ri-Yaz Heritage Sailing Team (Perak) 








Selasa, 4 Oktober 2011

Tips Pasal Handphone Pulak!!

Salam,

Untuk hari ini cS cuba berkongsi tips ini pulak. Inipun terjumpa kat file lama, dah setahun rasanya terperap kat celah file-file word ni.
Jom Check it Out~

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : - >
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

Isnin, 3 Oktober 2011

National Park KRKA, Croatia.

Saya mengambil sedikit ruang untuk kita sama-sama  relax dan tenang, sambil kita lihat keindahan dibumi Eropah.
Jomm, kita lihat!!

Percutian di National Park KRKA, Croatia.
National Park KRKA adalah Taman Negara terbesar bagi Negara Croatia.
Gambar Di atas, kita boleh saksikan peta menunjukkan kawasan keseluruhan Taman Negara ini.
Gambar ini pula adalah, Sistem Membasuh Kain Secara Purba Eropah.
Tempat gambar ini di ambil adalah tempat singahsana Raja dari Negara Austria yang menjajah Croatia ketika dahulu.

Inilah Air Terjun National Park KRKA, Croatia.
Pandangan dari atas.
 En Zoran (Pemandu Pelancong) menerangkan spesis ular yang berada di Taman Negara ini.

Itu sahaja....

Sekian,

Cs.










Ahad, 2 Oktober 2011

Maklumat Kursus bot Jurulatih Dan Bot Penyelamat

Salam,

Salam 1 Malaysia.

Pihak Persatuan Perlayaran Malaysia akan mengelolakan Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat "Safety Boat" yang akan di anjurkan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Kuah, Langkawi, Kedah.
Kursus ini akan bermula pada 14hb sehingga    16hb Oktober 2011. 



Kursus ini juga akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia. Para Jurulatih Pelayaran dan Pegawai Teknikal serta sesiapa yang berminat di jemput untuk menghadiri Kursus ini bagi mendapatkan sijil dan lesen memandu bot penyelamat.

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Pihak Persatuan Pelayaran Malaysia atau di talian telefon ;

+604-9663099 ataupun email ; sailmalaysia@gmail.com

Sekian,

Cs








Persiapan Menghadapi Sukan Sea 2011









Salam,
Setelah bercuti, kini penulis kembali Uploadkan maklumat terkini berhubung perkembangan Sukan Pelayaran di Langkawi.

Pada 27 September yang lepas, kelengkapan untuk ke Sukan Sea 2011, telah siap di atur dalam sebuah Kontena sahaja. Gambar di atas menceritakan bagaimana bot-bot disusun dan di atur.

Sekian,

Cs